Siapakah Mahmoud Bodo Sebenarnya? Rakyat Malaysia Sepatutnya Mengenali Dan Berterima Kasih Dengan Beliau.
Nama Mahmoud Bodo Rasch (70) mungkin
agak asing bagi kita yang tinggal di Malaysia tetapi bangunan dan
struktur rekaan beliau adalah sangat tidak asing lagi di kalangan
penganut Islam seluruh dunia. Mahmoud Bodo Rasch terlibat dalam pelbagai
proses rekaan projek mega di Mekah dan Madinah. Sebagai contoh menara
jam terbesar di dunia Abraj Al Bait ,rekaan kemah kalis api di Mina , kubah bergerak Masjid An Nabawi, mimbar Masjidil Haram, tangga Kaabah dan payung automatik Masjid An Nabawi kesemuanya
adalah rekaan beliau. Kerana penglibatan beliau yang extensif dalam
pemodenan tempah suci umat Islam beliau diberi jolokan “Arkitek Allah”.
Mahmoud Bodo Rasch dilahirkan di Jerman pada tahun 1943. Beliau meminati rekaan struktur besar tetapi ringan. Pada tahun 1973 beliau memeluk Islam dan mula mencari jalan untuk memudahkan pengurusan jemaah haji. Pada tahun 1992, 12 payung gergasiboleh lipat beliau dibina di Masjid An Nabawi bersama dengan 27 kubah boleh bergerak. Pada tahun 2011 pembinaan 250 lagi
payung gergasi yang melindungi jemaah dari panas terik siap dibina.
Kini anda boleh melihat payung automatik ini diperkarangan Masjid An
Nabawi
p/s : Tahukah anda kubah Masjid Putrajaya dan Masjid Wilayah Persekutuan juga direka oleh Mahmoud Bodo Rasch?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan